Pada tahun 2010, saya dijemput oleh SEDC Sarawak untuk memberi ceramah bagi Kursus Penternakan Burung Walit di Kampung Jepak, Bintulu.
Seorang peserta dari Kuala Tatau, Bintulu yang bernama Encik U. telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap industri ini dan beliau telah berkongsi dengan beberapa individu serta menggunakan tanah kebun yang berdekatan dengan rumah panjang beliau untuk mendirikan rumah burung 2-tingkat.
Bimbingan serta khidmat nasihat yang berterusan dari kami telah membuahkan hasil di mana kini beliau telah memperolehi hasil sarang burung yang lumayan dan seterusnya meningkatkan status ekonominya.
Syukur Alhamdulillah Encik U. sudi memberi maklumat untuk sama-sama kita kongsikan dalam Blog ini.
Berikut adalah video/gambar yang memaparkan perkembangan rumah burung Encik U. di Kuala Tatau, Bahagian Bintulu.
No comments:
Post a Comment