Wednesday, 13 February 2019

KERJA-KERJA REKA BENTUK, PEMBINAAN, PEMASANGAN PERALATAN DAN PENYELENGGARAAN RUMAH BURUNG WALIT DI JALAN BINTULU-SAMALAJU









Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 
kepada semua Rakan Walit,


Kami ingin memberi sedikit perkongsian salah satu hasil kerja kami di sebuah rbw pada tahun 2018 yang kini masih mengalami pertumbuhan yang amat positif.



Pada tahun 2018 kami diberi peluang dan kepercayaan untuk kerja-kerja reka-bentuk, pembinaan, pemasangan peralatan / sistem solar dan penyelenggaraan rbw di satu tapak yang terletak di dalam sebuah ladang sawit, kawasan Jalan Bintulu-Samalaju.

Dimensi rbw
24' x 72' x 2-tingkat (2-lapis bata dinding)

Reka-bentuk entrance 
Open roof

Sistem pengudaraan
Ventilation Block

Sistem solar
Untuk membekalkan elektrik bagi sistem bunyi, pump air, humidifier (mist nozzle), CCTV, Alarm serta lampu LMB.

Sistem tweeter
Audax 61 Hong Kong
Audax 65 Hong Kong
KIS78




Selepas ~3 bulan, kerja-kerja pembinaan serta pemasangan sudah lengkap sepenuhnya dan bunyi rbw bermula ~ bulan May 2018. 




Kerja-kerja pemantauan pada bulan pertama.




Keadaan dalam rbw selepas ~6 bulan.




Keadaan luar rbw selepas ~6 bulan.





Pada peringkat awal, kebanyakan sarang burung akan fokus di bahagian sudut (hasil permehatian selepas ~6 bulan).




Pertumbuhan yang positif selepas ~6 bulan.







Kitaran hidup bw yang baru akan memberi pertambahan dalam populasi bw sekiranya rbw diselenggarakan dengan cara yang betul.





 Pengusaha memulakan kerja-kerja penuaian dalam tempoh ~6 bulan.





Hasil penuaian dalam tempoh ~6 bulan.



Pemantauan yang dijalankan pada 1 April 2019 yang lalu telah mencatatkan bilangan sarang ~200 biji dalam jangka masa ~9 bulan. Adalah dijangkakan pertumbuhan ini akan berterusan sekiranya penyelenggaraan rbw ini dilakukan dengan sebaik-baiknya.


Diharapkan perkongsian ini dapat memberi semangat kepada tuan-tuan dan puan-puan bahawa jika dilakukan dengan cara yang betul, industri walit ini dapat menjana pendapatan yang berupaya meningkatkan status ekonomi kita melalui aktiviti pertanian ini.

Bagi tuan-tuan dan puan-puan yang ingin menceburi dalam industri ini dan ingin mendapat maklumat yang tepat, kami ada menganjurkan kursus penternakan burung walit sebagai satu platform untuk perkongsian dan perbincangan ilmu walit.

Sejak tahun 2010, Kursus kami telah membantu menjayakan ramai pengusaha walit di seluruh Sarawak. Di atas permintaan ramai, kami sentiasa ada menganjurkan Kursus ini dari semasa ke semasa untuk sama-sama berkongsi ilmu walit. 


KURSUS INI TELAH TERBUKTI BERKESAN DENGAN KEJAYAAN RUMAH BURUNG PESERTA-PESERTA KURSUS YANG LEPAS TERMASUKLAH:





sila klik link di atas ini ⇧



Sertailah KURSUS PENTERNAKAN BURUNG WALIT kami yang akan datang, Insyaallah  berpandukan teknologi yang terbukti berkesan, yang juga akan dikongsikan semasa kursus, ia dapat membawa manfaat kepada tuan-tuan dan puan-puan dan seterusnya sama-sama berjaya dalam industri perwalitan ini.



KURSUS YANG AKAN DATANG !!! 




Sunday, 10 February 2019

Kursus Penternakan Burung Walit (MIRI)



Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Kursus Penternakan Burung Walit yang akan diadakan di:


Auditorium PUSTAKA MIRI

18 APRIL 2020 (SABTU)
Jam 8.30 am - 4.00 pm
Bayaran Dibuat Semasa Kursus

Termasuk Sijil Penyertaan 

PENDAFTARAN PESERTA KURSUS : 8.30 a.m. - 9.00 a.m.

Pembentangan Topik-Topik Penting Kursus ini akan 
bermula jam 9.00 a.m. dan tamat pada ~4.00 p.m. 


Tea Break Pagi / Makan Tengahari Disediakan

Diberikan PERCUMA
Lebih 50 Suara PANGGIL (SP) BERKUALITI
Lebih 10 Suara INAP (SI) BERKUALITI
1 Bunyi Test Populasi Burung Walit  
Nota Kursus Akan Diberikan (Softcopy & Hardcopy)

[ Sila bawa pendrive masing-masing, pendrive juga boleh dibeli dengan harga RM25 (16GB) semasa kursus ]



Terdapat Sesi Khas untuk peserta yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut serta memerlukan maklumat tambahan dalam topik penternakan burung walit.






KURSUS INI PENTINGKAN 
KANDUNGAN YANG BERKUALITI, BUKAN KUANTITI.

Ia tidak buang masa untuk topik-topik teori seperti Pengenalan/Intro, sejarah industri burung, jenis species burung dll. 

Kandungan kursus akan terus tumpu kepada aspek praktikal bagaimana untuk bina rumah burung yang terbukti berjaya

Ia akan Fokus terus kepada :-

Cara test burung yang betul untuk mengenalpasti tapak yang berpotensi.

 Design rumah burung (dalam 3D) yang berdasarkan kehendak/sifat fizikal burung walit.

Penggunaan bahan binaan yang kos efektif serta berkesan untuk rumah burung.

Cara penyusunan papan / tweeter serta cara wiring tweeter yang ideal serta berkesan.

Cara pengawalan suhu/kelembapan.

Cara penghasilan hormone yang terbukti efektif sehingga peningkatan sarang burung yang konsisten dialami oleh pengusaha rbw.

Cara pemasangan sistem solar yang kos efektif untuk rumah burung.

Tip-Tip/Langkah-Langkah tambahan yang perlu ambil untuk meningkatkan prestasi serta kejayaan rumah burung

KURSUS INI TELAH TERBUKTI BERKESAN DENGAN KEJAYAAN RUMAH BURUNG PESERTA-PESERTA KURSUS YANG LEPAS TERMASUKLAH:





BIODATA PENCERAMAH ENCIK WONG JOR JEE

v   Penceramah yang diiktiraf oleh kerajaan Sarawak untuk memberi latihan / kursus penternakan burung walit.
v   Timbalan Pengerusi - Sarawak Birdnest Import/Export Merchant Association.
v   Penasihat Teknikal - Protem Persatuan Penternakan Burung Walit Bumiputera Sarawak.
v   Ahli Jawatankuasa Perlesenan untuk aktiviti penternakan burung di Sarawak.
v Ahli Jawatankuasa Teknikal untuk cadangan projek Ecopark oleh Sarawak Economic Development Corporation (SEDC).
v  Ahli Jawatankuasa Teknikal untuk Projek Perintis Penternakan Burung Walit oleh Jabatan Pertanian Sarawak (pembiayaian projek oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri).
v    Penceramah Jemputan bagi program pembangunan usahawan Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan SEDC.
v   Memberi lebih 50 latihan / kursus berkaitan penternakan burung walit dengan kadar kejayaan yang tinggi oleh peserta-peserta kursus.



Marilah kita sama-sama berkongsi ilmu dan BERJAYA melalui penyertaan Kursus ini !


Dengan Yuran Kursus RM200 sahaja, Manfaat-Manfaat yang akan diperolehi oleh Peserta Kursus termasuklah:-

Dapat mengenalpasti kesesuaian tapak tanah dengan betul.
- Informasi dari kursus ini dapat mengelakkan dari kesilapan memilih tapak dan menyebabkan kerugian berpuluh/beratus ribu akibat kos pembinaan rumah burung di tapak yang tidak sesuai.

Dapat menjimatkan kos pembinaan rumah burung.
- Kursus ini akan berkongsi cara-cara pembinaan rumah burung yang lebih kos efektif serta berkesan. Justeru itu, ia dapat mengelakkan daripada pembaziran beribu-ribu ringgit akibat reka-bentuk serta penggunaan bahan binaan yang kurang sempurna.

Dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang praktikal dan terbukti berjaya hasil pengkongsian pengalaman-pengalaman yang diperolehi lebih 10 tahun dalam industri penternakan burung walit. 
-Segala RAHSIA dalam industri ini akan didedahkan oleh penceramah.   

Dapat memahami dengan lebih mudah kerana Kursus ini akan menggunakan gambar/video yang banyak di samping reka-bentuk (design) rumah burung akan ditunjukkan secara 3-D.

Dapat memperolehi khidmat nasihat serta bimbangan yang berkaitan dengan isu teknikal dan  pemasaran dari masa ke semasa dengan harapan para peserta dapat maju ke hadapan dalam ilmu perwalitan selepas kursus diadakan.

Dapat menyertai Konferen Walit anjuran Ecosun Walit yang diadakan pada akhir tahun untuk sama-sama berkongsi info terkini serta hasil kajian teknologi rumah burung walit oleh rakan-rakan walit.




KINI MASA YANG TEPAT !!!

Ingin memaklumkan bahawa harga sarang burung mentah (belum diproses) kini telah mencecah harga sekitar RM3000-4300 (mengikut gred).

Jangan lepaskan peluang ini kerana Kursus ini telah terbukti menolong ramai pengusaha bumiputera di Sarawak berjaya dalam industri penternakan burung walit. 

Sehingga ada di antara pengusaha yang telah meraih hasil kutipan sarang burung >2KG (>RM7,000) sebulan semenjak kursus ini diperkenalkan ~10 tahun yang lepas. Ada yang sudah buat "extension" pada rumah burung mereka dan ada juga yang mendirikan rumah burung ke-2.

Inilah yang memberi dorongan kepada penceramah untuk mengadakan kursus ini atas permintaan ramai.

Moga-moga Kursus ini dapat membongkar RAHSIA ilmu dalam penternakan burung walit dengan pemindahan pengetahuan serta pendedahan teknologi yang terkini oleh penceramah.



"ORANG YANG BERJAYA MENCIPTA PELUANG UNTUK DIRI SENDIRI,

BUKAN MENUNGGU PELUANG DARIDAPA ORANG LAIN"


Sertailah Sekarang dengan SMS/Whatsapp Nama Penuh Anda ke:


0113-8318888






TERDAPAT PAMERAN PERALATAN RUMAH BURUNG SEMPENA KURSUS BURUNG INI

PROMOSI HEBAT
 PERALATAN RUMAH BURUNG WALIT


TERBUKA KEPADA SEMUA RAKAN WALIT

HARGA ISTIMEWA SEMPENA 
KURSUS BURUNG INI SAHAJA !!


https://rumahburungborneoproducts.blogspot.com


SEMUA PENGUSAHA RUMAH BURUNG WALIT DIJEMPUT DATANG UNTUK PEMBELIAN BARANGAN PERALATAN RUMAH BURUNG. 

STOK TERHAD !!!  






Wednesday, 6 February 2019

TESTIMONI-TESTIMONI PESERTA YANG MENGIKUTI KURSUS ECOSUN WALIT PADA 2018/2019




SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA RAKAN WALIT !


Baru-baru ini terdapat beberapa cadangan daripada rakan walit untuk memaparkan pencapaian rumah burung walit (rbw) milik rakan-rakan walit yang pernah mengikuti kursus anjuran Ecosun Walit.

Seperti yang dinyatakan dalam kursus, proses pertama yang perlu dilakukan adalah menjalankan "Test Burung Walit" di tapak dalam usaha mengenalpasti sama ada tapak tersebut BERPOTENSI untuk industri rbw.   Kebanyakan peserta-peserta kursus kami menggunakan 'Swiftlet Tester' yang dihasilkan oleh Ecosun Walit untuk tujuan ini memandangkan ia terbukti berkesan serta user-friendly untuk digunakan.


'Swiftlet Tester' Ecosun Walit




Beberapa tapak yang dianggapkan berpotensi yang sempat dikongsikan oleh peserta-peserta kursus Ecosun Walit adalah seperti video-video berikut:














Terdapat juga beberapa orang peserta kursus Ecosun Walit yang telah berkongsi video rbw mereka sepanjang tahun 2018-2019. Semoga berasaskan pengalaman serta maklumat teknikal yang dikongsikan semasa kursus, ia dapat membantu meningkatkan prestasi rbw dan seterusnya membimbing kepada kejayaan rakan-rakan walit. Rbw tersebut adalah seperti di bawah:  






























Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi PENGHARGAAN KEPADA RAKAN-RAKAN ECOSUN WALIT yang telah banyak memberi sokongan kepada kami. Sehingga kini, kami masih menerima banyak permintaan dari seluruh Sarawak agar terus mengajurkan kursus burung walit untuk sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan dan memajukan industri walit di Sarawak.  

PERKONGSIAN INFO WALIT oleh rakan-rakan Ecosun Walit yang lebih berpengalaman dan sudah berjaya juga amatlah kami hargai agar ia dapat membantu dalam bimbingan serta sokongan teknikal kepada pengusaha rbw yang baru. Sepertimana yang diketahui, kami Ecosun Walit juga akan sentiasa update reka-bentuk rbw, teknologi dalaman serta bunyi-bunyi walit yang terbaru di dalam group Ecosun Walit untuk manfaat bersama.

BIMBINGAN YANG BERTERUSAN juga kami berikan kepada peserta-peserta kursus Ecosun Walit yang sedang dalam proses pembinaan rbw dan mememerlukan info lanjutan mengenai teknologi walit. 








Selain terlibat dalam kerja-kerja reka-bentuk, pembinaan, pemasangan peralatan / sistem solar dan penyelenggaraan rbw, dalam usaha meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam bidang perwalitan, Ecosun Walit juga komited menjalankan SWIFTLET RESEARCH & DEVELOPMENT (R&D) pada sebuah rbw yang bersaiz 20'x60' (2 tingkat). 


Rbw untuk tujuan R&D (saiz: 20'x60', 2 tingkat)





Hasil pemerhatian di rbw experiment (~10 bulan+).



Hasil kajian yang lalu telah menghasilkan beberapa keputusan yang positif di mana pemerhatian >200 bilangan sarang burung dan 'marking' telah dicatatkan dalam tempoh ~12 bulan. 

 


Hasil pemerhatian di rbw experiment (~2 tahun+).


Hasil-hasil kajian juga dikongsikan bersama peserta kursus walit ECOSUN WALIT di mana peserta kursus akan didedahkan dengan experiment-experiment yang menunjukkan hasil-hasil yang positif serta signifikan. Ia termasuk experiment yang berkaitan dengan:

Reka-bentuk rbw;
Penggunaan serta susunan tweeters; 
Penggunaan bunyi luar dan bunyi dalam;
Pendawaian tweeters;
Susunan papan sirip; dan
Penggunaan sistem solar yang lebih efisien dalam rbw. 


Ini merupakan salah satu cara untuk kami membalas sokongan padu yang diberikan oleh peserta-peserta kursus kami.










Kajian penggunaan sistem solar yang lebih efisien di rbw experiment (~11 bulan).




JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENGIKUTI KURSUS ECOSUN WALIT YANG AKAN DATANG ! 



SEKIAN, TERIMA KASIH.

daripada