SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA RAKAN WALIT !
Baru-baru ini terdapat beberapa cadangan daripada rakan walit untuk memaparkan pencapaian rumah burung walit (rbw) milik rakan-rakan walit yang pernah mengikuti kursus anjuran Ecosun Walit.
Seperti yang dinyatakan dalam kursus, proses pertama yang perlu dilakukan adalah menjalankan "Test Burung Walit" di tapak dalam usaha mengenalpasti sama ada tapak tersebut BERPOTENSI untuk industri rbw. Kebanyakan peserta-peserta kursus kami menggunakan 'Swiftlet Tester' yang dihasilkan oleh Ecosun Walit untuk tujuan ini memandangkan ia terbukti berkesan serta user-friendly untuk digunakan.
'Swiftlet Tester' Ecosun Walit
Beberapa tapak yang dianggapkan berpotensi yang sempat dikongsikan oleh peserta-peserta kursus Ecosun Walit adalah seperti video-video berikut:
Terdapat juga beberapa orang peserta kursus Ecosun Walit yang telah berkongsi video rbw mereka sepanjang tahun 2018-2019. Semoga berasaskan pengalaman serta maklumat teknikal yang dikongsikan semasa kursus, ia dapat membantu meningkatkan prestasi rbw dan seterusnya membimbing kepada kejayaan rakan-rakan walit. Rbw tersebut adalah seperti di bawah:
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi PENGHARGAAN KEPADA RAKAN-RAKAN ECOSUN WALIT yang telah banyak memberi sokongan kepada kami. Sehingga kini, kami masih menerima banyak permintaan dari seluruh Sarawak agar terus mengajurkan kursus burung walit untuk sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan dan memajukan industri walit di Sarawak.
PERKONGSIAN INFO WALIT oleh rakan-rakan Ecosun Walit yang lebih berpengalaman dan sudah berjaya juga amatlah kami hargai agar ia dapat membantu dalam bimbingan serta sokongan teknikal kepada pengusaha rbw yang baru. Sepertimana yang diketahui, kami Ecosun Walit juga akan sentiasa update reka-bentuk rbw, teknologi dalaman serta bunyi-bunyi walit yang terbaru di dalam group Ecosun Walit untuk manfaat bersama.
BIMBINGAN YANG BERTERUSAN juga kami berikan kepada peserta-peserta kursus Ecosun Walit yang sedang dalam proses pembinaan rbw dan mememerlukan info lanjutan mengenai teknologi walit.
Selain terlibat dalam kerja-kerja reka-bentuk, pembinaan, pemasangan peralatan / sistem solar dan penyelenggaraan rbw, dalam usaha meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam bidang perwalitan, Ecosun Walit juga komited menjalankan SWIFTLET RESEARCH & DEVELOPMENT (R&D) pada sebuah rbw yang bersaiz 20'x60' (2 tingkat).
Rbw untuk tujuan R&D (saiz: 20'x60', 2 tingkat)
Hasil pemerhatian di rbw experiment (~10 bulan+).
Hasil kajian yang lalu telah menghasilkan beberapa keputusan yang positif di mana pemerhatian >200 bilangan sarang burung dan 'marking' telah dicatatkan dalam tempoh ~12 bulan.
Hasil-hasil kajian juga dikongsikan bersama peserta kursus walit ECOSUN WALIT di mana peserta kursus akan didedahkan dengan experiment-experiment yang menunjukkan hasil-hasil yang positif serta signifikan. Ia termasuk experiment yang berkaitan dengan:
Reka-bentuk rbw;
Penggunaan serta susunan tweeters;
Penggunaan bunyi luar dan bunyi dalam;
Pendawaian tweeters;
Susunan papan sirip; dan
Penggunaan sistem solar yang lebih efisien dalam rbw.
Ini merupakan salah satu cara untuk kami membalas sokongan padu yang diberikan oleh peserta-peserta kursus kami.
Kajian penggunaan sistem solar yang lebih efisien di rbw experiment (~11 bulan).
JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENGIKUTI KURSUS ECOSUN WALIT YANG AKAN DATANG !
SEKIAN, TERIMA KASIH.
daripada






No comments:
Post a Comment