Saturday, 16 September 2017

Proses Test Burung & Kisah Kejayaan Seorang Pengusaha Rumah Burung di Pusa, Bahagian Betong


Proses Test Burung adalah amat penting sebelum kita bercadang untuk mendirikan rumah burung di tapak tanah kita.

Ia dijalankan untuk menentukan populasi burung di sesuatu kawasan.

Ia juga bertujuan menentukan sama ada kawasan tersebut merupakan laluan burung walit.

Kejayaan sesebuah rumah burung amat bergantung kepada faktor ini. 

Maka, Test Burung harus dilakukan dengan waktu dan cara yang betul untuk meningkatkan ketepatan maklumat tapak. 

~Tujuh tahun yang lepas, saya dijemput oleh agensi kerajaan untuk memberi kursus penternakan burung walit di kawasan Pusa, Bahagian Betong.

Selepas tamatnya kursus, saya diberi peluang untuk menolong seorang peserta kursus untuk menjalankan Proses Test Burung di tapak tanah beliau. Berikut adalah video nya.







Setelah mendapati tapak tanah tersebut amat berpotensi untuk penternakan burung walit, peserta kursus tersebut terus membangunkan rumah burung mengikut apa yang dipelajari dari kursus. 









Dengan usaha yang gigih, tekun serta sikap yang positif, beliau telah mendirikan rumah burung setinggi 2-tingkat dengan design/reka bentuk yang betul. 




Video di bawah menunjukkan perkembangan yang amat menggalakkan dalam masa hanya ~3 bulan sahaja dari masa bermulanya bunyi burung dipasang.


















Lebih kurang setahun yang lepas, pengusaha rumah burung tersebut memberitahu saya bahawa beliau bercadang untuk mendirikan sebuah lagi rumah burung di tanah yang lain. Saya yakin kini beliau memperolehi hasil kutipan sarang burung yang agak lumayan hasil berkat usaha beliau.




Diharapkan kisah ini dapat memberi sedikit semangat serta motivasi kepada Tuan-Tuan dan Puan-Puan agar kita sama-sama berjaya di dalam industri ini di masa yang akan datang.

Banyak lagi kisah peserta-peserta kursus ini yang sudah berjaya dan saya akan paparkan testimoni-testimoni pengusaha tersebut bila ada kesempatan dan setelah mendapat persetujuan mereka.





1 comment:

  1. Need a small business loan to get the working capital you need? Get quick & easy access to the funding you need,financing you need to help your business grow Quickly.Email: lendingcashhelpdesk@gmail.com

    ReplyDelete