Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan-Tuan & Puan-Puan yang dihormati,
Saya Wong Jor Jee, seorang peminat / pengusaha industri penternakan burung walit berasal dari Kuching, Sarawak.
Beberapa tahun yang lepas, ramai rakan pengusaha rumah burung memberi cadangan kepada saya agar mewujudkan blog untuk men-dokumen pengalaman-pengalaman, kisah-kisah yang lepas serta testimoni-testimoni pengusaha yang berjaya dalam industri penternakan burung walit ini.
Saya rasa cadangan ini adalah baik di samping saya dapat menjadikan blog ini sebagai kenangan masa lalu. Dan juga diharapkan melalui Blog ini, saya dapat berjumpa kembali kawan-kawan lama di seluruh Sarawak yang sama-sama melibatkan diri dalam industri ini sejak ~12 tahun yang lepas.
Wujudnya Blog ini juga adalah untuk berkongsi pengalaman dan maklumat tentang industri penternakan burung walit serta memberi platform untuk semua pembaca blog ini untuk sama-sama berkongsi informasi serta pengetahuan dalam usaha memajukan industri penternakan burung walit, khususnya di Sarawak.
Saya rasa cadangan ini adalah baik di samping saya dapat menjadikan blog ini sebagai kenangan masa lalu. Dan juga diharapkan melalui Blog ini, saya dapat berjumpa kembali kawan-kawan lama di seluruh Sarawak yang sama-sama melibatkan diri dalam industri ini sejak ~12 tahun yang lepas.
Terima kasih banyak atas sokongan Tuan-Tuan dan Puan-Puan.
Need a small business loan to get the working capital you need? Get quick & easy access to the funding you need,financing you need to help your business grow Quickly.Email: lendingcashhelpdesk@gmail.com
ReplyDelete